Variasi warna susu ibu

Tahukah anda susu terdapat pelbagai variasi warna susu ibu?

Biasanya, warna susu ibu adalah putih, kuning, putih kebiruan. Tetapi, ada juga warna lain yang boleh ditemukan seperti pink, hijau dan coklat kehitaman.

Kuning

Kolostrum adalah susu pertama yang dihasilkan oleh tubuh yang mengandungi sangat banyak nutrisi. Ia biasanya berwarna kuning terang dan pekat.

Putih kebiruan

Susu matang terbahagi kepada dua, iaitu Foremilk dan Hindmilk. Foremilk adalah susu matang yang mengalir keluar di awal penyusuan. Ia kelihatan dan cair dan mengandungi lebih banyak air. Kerana ini, ia biasa kelihatan putih kebiruan.

Putih krim

Hindmilk pula adalah susu akhir yang kaya lemak. Oleh kerana itu ia kelihatan putih pekat dan malah ada yang berwarna kekuningan. Lemak di dalam hindmilk ini sangat bagus untuk perkembangan dan pembesaran bayi.

Hijau

Ibu yang makan terlalu banyak sayur hijau atau makanan mengandungi pewarna hijau kadang- kadang akan nampak susu sedikit kehijauan. Susu ini selamat diminum dan tidak menganggu penghadaman bayi.

Tetapi, awas ye ibu- ibu. Jika susu pekat kuning kehijauan itu adalah kerana nanah akibat jangkitan kuman di payudara. Susu ini tidak selamat diminum dan harus dirawat segera.

Pink/ merah

Makanan yang mengandungi pewarna merah atau ubi bit merah (beetroot) boleh mengubah warna susu menjadi warna merah jambu.

Susu yang bercampur darah akibat luka di puting boleh menjadi warna merah jambu. Sedikit darah di dalam susu ibu tidak membahayakan bayi. Biasanya ia akan baik selepas beberapa hari. Sapukan susu sebelum dan selepas mengosongkan payudara atau boleh guna krim puting payudara. Oleh kerana ada sangat banyak produk di pasaran untuk ini, pastikan ibu- ibu baca label dan mengikut panduan yang disediakan.

Warna karat / coklat

Kadangkala, saluran susu di payudara boleh pecah dan menghasilkan susu berwarna seperti besi berkarat atau kecoklatan. Ini adalah keadaan yang disebut ‘rusty pipe syndrome’. Hal ini juga biasanya bersifat sementara. Ia akan baik setelah beberapa hari. Ada segelintir bayi yang mengalami sakit perut akibat susu ini. Maka, ibu terpaksa buang susu ini dan berikan semula setelah susu kembali ke warna normal. Sekiranya hal ini berlarutan, ibu perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *