Tips semasa 2WW

Bagi golongan TTC (trying to conceive), 2 weeks wait atau singkatannya 2WW adalah fasa yang paling mendebarkan.
It makes us anxious. Semua jadi tak keruan. Fasa ini adalah selama 2 minggu selepas ovulasi/ rawatan kesuburan (clomid/ IUI/ IVF).

Semasa saya melalui fasa 2WW dahulu, semua gejala yang saya alami saya nak kaitkan dengan kehamilan. Tetapi saya menahan diri dari melakukan tes kehamilan kerana dalam proses IVF ada suntikan HCG. Suntikan HCG itu boleh menyebabkan UPT false positive.
(UPT: urine pregnancy test)

Antara tips semasa 2WW:
1. Elakkan hanya duduk sahaja sewaktu berada di dalam rumah. Lakukan senaman ringan dan boleh melakukan perkerjaan rumah yang tidak memerlukan angkat barangan berat.

2. Baca atau tonton benda yang positif dan kelakar.
Elakkan menonton cerita yang stress seperti World of Married Couple.

3. Setkan masa dalam sehari untuk fikir dan overthinking.
OK ini agak pelik but it works for me. Dalam sehari saya cuba untuk risau selama 15 minit sahaja. Jadi pada masa yang lain saya boleh fokus kerja dan benda lain

4. Treat yourself like you are already pregnant.
Jaga pemakanan, elakkan makan jamu, ubat dan kosmetik yang tidak sesuai untuk ibu mengandung.
Tapi jangan sampai mandi tak pakai sabun pula (kisah benar di mana ada yang tak mahu pakai ‘chemical’ langsung).

5. Solat dan doa banyak2
Pergerakan solat adalah pergerakan yang mudah. Ada yang hanya solat duduk sebab risau janin tak lekat. Tetapi, jika tidak ada kesakitan, perlu solat seperti biasa. Pergerakan sewaktu solat tidak menyebabkan keguguran.

Batuk, bersin, kereta lalu bumper, perjalanan naik kereta yang lama juga tidak menyebabkan janin jatuh selepas proses rawatan kesuburan.

Wanita yang TTC agak sensitif. Jadi pasangan, keluarga dan rakan- rakan kalau boleh elakkan memberi komen yang boleh menyinggung perasaan. .

Jadi saya harap wanita- wanita yang sedang melalui fasa 2WW kuatkan semangat. Kalau haid datang, jangan give up! Love yourself and your partner.

Semoga pasangan TTC yang membaca nukilan saya ini dikurniakan zuriat suatu hari nanti. Amin~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *