Tips penyusuan awal

“Saya takde susu, doktor” Selalu sangat saya dengar ibu baru melahirkan runsing selepas melahirkan anak. Apa perkara penting dalam penyusuan awal?

Menurut kajian oleh Widstrom et al pada 2011, Bayi baru lahir mampu bergerak ke arah payudara ibu, melekap dan menyusu dalam tempoh satu jam selepas kelahiran. Kerana itu, antara langkah penyusuan awal adalah dengan bayi diletakkan di atas badan ibu sejurus selepas bayi lahir.

Ibu perlu peka dengan ‘tanda awal menyusu’ seperti

~bayi akan mula menghisap bibir/ jari

~jika anda usap tepi mulut atau pipi, bayi akan cuba pusing ke arah itu

~menjilat bibir

~mengeluarkan lidah

Menangis adalah tanda lewat, tau.

Pastikan posisi ibu selesa Jika dalam keadaaan ibu duduk, Letak bantal di belakang badan ibu dan di bawah tangan. Jika perlu, gunakan kerusi kecil untuk meletak kaki.

PENTING: ‘Bring baby to breast’, bukan ‘breast to baby’. Ibu boleh rujuk posisi penyusuan di bawah.

Tanda lekapan yang bagus adalah:

~sebahagian besar areola di dalam mulut bayi (bukan keseluruhan, ya)

~mulut bayi terbuka luas

~dagu bayi menyentuh payudara

~dengar bayi menelan

Tahukah anda, pada awalnya saiz perut bayi adalah sangat kecil. Susu awal yang dinamakan kolostrum kaya dengan imunoglobulin dan cukup untuk bayi yang baru lahir. Penghasilan susu ibu bermula sejak ibu hamil 16 minggu lagi. Tetapi susu biasanya hanya dikeluarkan setelah rahim mengecut (bayi lahir). Selepas bersalin, payudara boleh mengeluarkan susu tanpa mengira bayi lahir hidup atau tidak.

Hisapan bayi selepas kelahiran akan merangsang lagi proses penghasilan susu. Oleh kerana itu, sejurus selepas kelahiran, ibu- ibu perlu fokus pada latching dan menyusukan anak ‘on demand’. Kegagalan untuk latch adalah antara punca utama penyusuan gagal.

Jika ibu kerap menyusukan bayi, maka akan lebih banyak susu terhasil!

Sekian sahaja sharing saya hari ini. Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *