TIPS MENANGANI ANAK NIPPLE CONFUSE

Adakah anak tidak mahu direct feeding dengan ibu?

KENAPA NIPPLE CONFUSION TERJADI?

Apabila bayi menyusu dari botol, bayi menggunakan kurang tenaga berbanding menyusu dengan payudara. Hal ini menyebabkan bayi akan lebih mahu botol berbanding payudara sekiranya diperkenalkan dengan botol sebelum berusia sebulan.

TIPS TANGANI ANAK NIPPLE CONFUSE

Pertama sekali, kerapkan skin to skin dengan anak anda. Kalau boleh lakukan sekerap mungkin. Jika ibu tidur dengan anak, lakukan juga semasa tidur (pastikan baca cara selamat untuk co-sleep terlebih dahulu).

Yang kedua, ibu perlu pastikan lekapan dan posisi penyusuan betul. Lekapan yang bagus adalah bibir bayi terjuih ke luar, sebahagian besar areola di dalam mulut bayi (bukan keseluruhan, ya), mulut bayi terbuka luas, dagu bayi menyentuh payudara dan ibu dapat mendengar bayi menelan.

Antara tips yang penting adalah ibu disarankan berhenti susukan anak dengan botol susu atau puting. Gantikan dengan sudu, cawan kecil atau syringe.

Ibu- ibu perlu susukan anak pada early feeding cues. Boleh juga sewaktu anak mengantuk. Ingat, menangis adalah late cues! Jika anak menangis, perlu pujuk anak dahulu sebelum menyusukan anak.

Boleh juga cuba direct feeding secara bertahap. Mula-mula, cuba 5 minit dahulu, kemudian 10 minit, kemudian berikan direct feeding pada seluruh sesi penyusuan. Harus faham ye bahawa proses ini memakan masa.

Selain itu, ibu- ibu digalakkan bercakap dengan anak menggunakan nada lembut memujuk anak supaya direct feeding. Proses ini mungkin agak ‘overwhelming’. Dapatkan bantuan dan beritahu orang sekeliling anda bayi mungkin akan menangis lebih dari biasa.

Jika masih tidak berjaya, dapatkan khidmat kaunselor penyusuan. Kaunselor dapat membantu melihat posisi dan lekapan yang baik. Kami juga akan menunjukkan tips tambahan jika cara- cara yang lain gagal.

Apapun, proses ini sangat memerlukan masa dan kesabaran. Sebab itu, lebih baik mengelakkan nipple confusion. Bila ia terjadi, bukan hanya anak yang akan menangis, ibu juga akan menangis!

Anak saya pernah nipple confuse sewaktu pulang dari wad bayi pada hari keeempat kelahiran. Padahal dia hanya diberi minum dengan sudu sewaktu dia ni nursery. Malam itu, saya terpaksa perah susu dengan milk collector dan beri anak minum dengan sudu. Mujur selepas beberapa kali penyusuan, anak saya dapat latch dengan baik dan berjaya direct feeding!

Anak anda pernah nipple confuse? Berapa lama anda dapat direct feed semula?

#tipsmenyusudocmummy

Jom follow saya di Instagram dan Twitter!

https://biolinky.co/docmummy22

4 thoughts on “TIPS MENANGANI ANAK NIPPLE CONFUSE”

  1. Saya ibu bekerja . Mula bekerja selepas 60 hari berpantang . Bayi saya mengalami nipple confuse pada usia 2 bulan 4 hari. Bagaimana yang harus saya lakukan , bayi saya tinggal di rumah pengasuh yg memerlukan botol susu ? Sudah 4 hari saya perlu perah dan bagi susu menggunakan botol sebab bayi akan mengamuk kalau saya pegang dia dalam posisi nak bagi susu . Walaupun dah cuba side lying. Saya takut jika susu saya menjadi kurang tanpa ransangan hisapan dari bayi

    1. saya sarankan puan jumpa kaunselor penyusuan terdekat. kerapkan skin to skin. pastikan perah susu setiap 3 jam jika bayi tidak menyusu direct

  2. Salam doctor. Sebelum susu mengalir keluar, saya akan dapat merasai reflex dekat breast saya. Tetapi anak saya kadang2 tidak sabar untuk reflex letdown tu dtg dan putus asa untuk menghisap dan memilih untuk menangis dan ia menyebabkan saya stress dan reflex tu pun trus xda 🙁 sy tpaksa bg formula krna dia Kelaparan. Adakah itu jugak nipple confusion? Dia berusia 3 bulan dan meghisap pacifier.

Leave a Reply

Your email address will not be published.