Tips memilih breastpump

Peningnya, mana satu breastpump nak beli ni? Ramai ibu- ibu mengeluh tentang masalah ini kepada saya. Bila tanya reseller, mereka biasanya hanya mengesyorkan pam susu yang mereka jual sahaja. Sebenarnya, banyak benda yang perlu difikirkan sebelum membeli breastpump.

Oleh kerana perkembangan teknologi yang canggih dan terlalu banyak jenis pump di pasaran, saya hanya menyebut beberapa jenis sahaja yang saya tahu. Ini hanya sebagai rujukan untuk memilih pam susu sesuai keperluan anda.

Sebelum kita mula, mari kita mengenal nama bahagian dalam kebanyakan breastpump iaitu flange, backflow protector, valve, tubing dan motor.

Gambar dari Lilu

1. Sediakan bajet yang sesuai

Pam susu yang mahal tidak semestinya ia bagus untuk ada. Ada juga pam susu yang harganya berpatutan tetapi menawarkan kualiti yang bagus dan sesuai dengan tahap penggunaaan anda. Sekarang, ada pelbagai jenis pam susu di pasaran. Ada yang berharga hanya puluhan ringgit, ada juga harga yang mencecah ribuan ringgit. Saran saya, tentukan bajet anda terlebih dahulu. Jangan kedekut sangat tapi jangan berlebihan. Bajet yang sesuai adalah yang tidak melebihi 20% gaji anda.

2. Survey survey dan survey

Ibu- ibu boleh ikuti Facebook group Happy Breastfeeding Malaysia (untuk wanita sahaja). Di situ ada ALBUM breastpump review. Boleh baca review mummies di sana. A bit outdated, I must say. Jadi ibu- ibu yang telah beli pam susu, silakan isi review anda di sini. Ia mungkin bermanfaat untuk ibu- ibu lain.

3. Nak beli pump manual ke elektrik?

Terdapat 2 jenis pam susu iaitu manual atau yang menggunakan elektrik.

Pam susu manual

Pam manual biasanya bersaiz kecil, boleh dibawa kemana sahaja malah boleh digunakan dimana sahaja. Namun begitu, mengepam secara manual agak memenatkan. Pam manual lebih sesuai untuk ibu- ibu yang hanya pump kadang- kadang. Misalnya surirumah. Tapi ada sahabat saya katanya takut kena electric shock (rasanya belum pernah terjadi). Jadi dia bertahan guna pump manual. Percaya tak output susu dia agak lumayan meriah? Hebat!

Anda boleh lihat contoh lain manual breastpump di link ini.

Surirumah wajib ke ada pam susu manual? Jawapannya TIDAK!

Yang penting adalah teknik marmet atau perahan tangan. Semua ibu menyusu wajib belajar teknik marmet. Cara dia adalah:

  1. Letakkan dua jari berbentuk C secara selari dngan jarak lebih kurang 2cm dari nipple.
  2. Tekan ke arah dinding dada
  3. Picit ke arah nipple
Milk collector (MC)

Adakah milk collector sesuai digunakan sebagai ganti pam susu? Menurut saya ia kurang sesuai. Milk collector memang antara benda yang penting anda miliki terutama sewaktu di dalam pantang. Apabila menyusukan anak, ibu boleh pakai di sebelah yang tidak menyusukan anak. Apabila memakai milk collector ini, perlu tekan bahagian badan MC ini setiap lima minit dan hanya gunakan selama 15 minit.

Penggunaan MC terlalu lama boleh menyebabkan puting payudara melecet. MC hanya sesuai digunakan sebelum anak usia 6 bulan. Setelah 6 bulan, anak semakin aktif bergerak semasa penyusuan. Penghasilan susu juga tidak seperti semasa di dalam pantang kerana badan telah tahu kuantiti susu yang MENCUKUPI untuk anak.

Pam susu elektrik

Pam susu yang menggunakan elektrik pula ada 3 pilihan iaitu yang sepenuhnya menggunakan tenaga elektrik (perlu sambung dengan plug), menggunakan bateri yang boleh dicas atau boleh menggunakan kedua-duanya, bateri atau sambung terus ke plug elektrik.

Untuk ibu bekerja, saya sarankan beli pam susu elektrik. Jika anda sering berkursus dan bergerak, beli pam yang mempunyai bateri yang tahan lama. Jika ibu kerja duduk setempat sahaja di meja, boleh guna yang perlu sambung ke plug atau powerbank. Bagi saya, less wire less hassle! Pam susu elektrik memudahkan para ibu yang mengepam susu secara kerap. Ia juga menjimatkan masa dan kurang memenatkan.

Ibu- ibu disyorkan memilih pam susu yang bersesuaian dengan kekerapan penggunaan pam. Ibu bekerjaya biasanya menggunakan pam susu lebih kurang 3 kali sehari. Jadi, breastpump jenis medium duty atau heavy duty lebih sesuai.

Kenangan saya pam susu sewaktu mengikuti kursus penyusuan 20 jam
Two is better than one

Double flange is better than single. Sebab apa? Double flange akan dapat yield susu yang lebih banyak dan sangat menjimatkan masa kerana anda boleh mengepam susu kedua-dua belah payudara secara serentak.

Saiz Flange

Saiz corong/ flange ini penting kerana ia mempengaruhi keselesaan anda semasa mengepam susu. Anda perlu ukur nipple anda kerana size flange setiap orang berbeza. Untuk ukur corong, ibu- ibu perlu ukur diameter puting terlebih dahulu. Jika salah saiz, ibu ada kemungkinan untuk dapat puting melecet (nipple crack).

Saiz

Ada pam yang bersaiz kecil dan ada juga pam bersaiz besar. Jika anda perlu membawa pam susu anda ke mana-mana, saiz pam susu yang kecil sesuai untuk anda kerana ia bersaiz kecil, ringan dan memudahkan anda.

Suction

Setiap pam susu mempunyai daya hisapan yang berbeza. Daya sedutan yang terbaik adalah yang menyerupai hisapan bayi kerana ia membantu kelancaran pengeluaran susu yang cukup dan tidak menyakitkan. Mode yang wajib ada pada breastpump adalah stimulation dan expression mode. Biasanya saya sarankan mulai dengan stimulation mode 2 minit kemudian baru expression mode. Suction kuat tak semestinya yang terbaik. Kadangkala suction yang lebih rendah memadai kerana menyerupai hisapan bayi. Jadi ibu- ibu boleh try and error lihat suction mana yang sesuai.

Bunyi motor

Bagi ibu bekerja yang perlu mengepam di tempat terbuka, anda memerlukan pam susu yang berbunyi tidak terlalu kuat. Bukan semua orang faham tentang penyusuan dan mampu bertoleransi dengan bunyi motor pam susu kita.

Handsfree

Handsfree is a livesaver for me! Tak perlu pegang, boleh pam susu sambil memandu atau berjalan. Very easy and convenient. I think it is a good investment. Percaya tak saya pernah pam susu semasa melakukan pembedahan? Masa tu saya ada kes berturut- turut. Jadi saya pakai pam dan teruskan kerja saya.

Saya memakai handsfree sambil melakukan pembedahan
Wireless

Haaa… canggih tak pam pun ada yang wireless dan tubeless? Bagi saya ia agak menarik. Although some say that it can be a bit heavy to hold. Mummies yang dah pernah pakai boleh minta tolong komen?

Wearables

Kalau tubeless dah canggih, wait till u meet The Wearables! Wearables pump adalah teknologi terbaru buat masa ini. Antara beberapa contoh yang ada di pasaran adalah:

Menarik ye wearables ni. Ok, next baby kita cuba! (Eh?)

3. Test drive

Test Kereta boleh test drive, pump boleh test pump!! Contoh di kedai Pump On The Go. Boleh test dulu. Pilih yang tak sakit tp suction adequate. Not applicable during Covid time.

Akhir kata, pam susu yang mahal mungkin lebih hebat dan boleh kosongkan payudara sepenuhnya, tapi tak guna juga kalau teknik salah. Kerapkan pump setiap 3 jam, jgn ketat sgt, pastikan part disambung dgn baik, gunakan fasa stimulate beberapa minit kemudian suction mode and strength sesuai dgn ibu.

Apabila ibu- ibu beli pam susu, simpan resit baik- baik ye. It might not help much tapi boleh masukkan untuk kurangkan income tax.

Extra tips:

Panduan gantian bahagian pam susu dari loveourlittles

Nantikan post akan datang: List barangan yang perlu ada untuk Pumping Mummies

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *