Berpuasa di saat hamil dan menyusu

Sudahkah anda bersedia?

Apabila bulan puasa hampir tiba, ramai ibu khuatir tentang ibadah puasa. 

Saya akui, tak mudah berpuasa di saat mengandung dan berpuasa. 

Oleh kerana itu kita perlu mempersiapkan diri dan minda agar dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik.
 
Apapun sekiranya tidak mampu, ada rukhsah tetapi wajib diqada nanti di kemudian hari.
 
Ibu- ibu perlu tahu yang rukhsah ini tidak berlaku jika ibu ada susu perahan simpanan, telah campur susu formula atau anak telah berusia setahun. Setelah anak berusia setahun, ibu hanya perlu fokus pada pemakanan anak.
 
 
 
Antara tips menghadapi bulan puasa yang dikongsi di dalam The Art of Breastfeeding 6  oleh puan Adibah Zakaria, ibu digalakkan makan makanan tinggi serat semasa sahur. Lewatkan masa bersahur dan berbuka pada waktunya. 
Ibu- ibu disarankan untuk kurangkan makanan tinggi lemak, gula dan garam.
Apabila berbuka, makan makanan tinggi tenaga, padat nutrisi dan seimbang. 
 
 
Selain itu, perlu pastikan minum air yang cukup.
Amalkan minum sedikit2 hingga capai minimum  8 gelas sehari.
Antara tips minum air, di waktu sahur minum 500ml air kosong. 
kemudian, selepas berbuka, ibu minum sedikit- sedikit tetapi kerap. 
Bawa botol air ke mana sahaja dan minum sehingga 30 minit sebelum tidur. 
Apabila anak bangun di tengah malam untuk menyusu, ibu boleh minum segelas air. 
 
 
 
 
Jika ibu menyusukan anak, jangan lupa konsep Supply Vs Demand. Pastikan payudara dikosongkan setiap 3-4 jam. Ada kajian mendapati bahawa jumlah susu ibu tidak berubah semasa ibu berpuasa. 
Jika ibu bekerja, ibu boleh ubah jadual pump tetapi kekalkan pump setiap 3-4 jam.
Contohnya, 
Sesi pertama: Pump selepas sahur (contoh 6.30 pagi)
Sesi kedua: 3-4 jam selepas sesi pertama (Contohnya pump 10.30 pagi)
Sesi ketiga: 3-4 jam selepas sesi kedua (Misalnya 1.30 petang)
Sesi keempat: Pump selepas berbuka
Sesuaikan dengan waktu ibu bekerja. 
Biasanya ibu memerah 4 kali di waktu bekerja, kan? Jadi dengan penyesuaian ini akan lebih mudah. 
 
Bagi Ibu hamil, boleh berbuka jika anak dalam kandungan kurang gerak atau bayi dalam kandungan tidak membesar (Fetal growth restriction).
Biasanya ibu akan rasa lebih mudah berpuasa waktu trimester kedua.
Ibu yang mengalami alahan di trimester pertama tidak digalakkan berpuasa.
Jika ada penyakit, pastikan anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu.
 
Bagi ibu yang menyusukan anak pula, antara tanda yang perlu ibu risau adalah anak kurang aktif, kencing kurang, kerap menangis dan berat badan anak berkurang.
 
Ibu2 yang menyusukan anak sepenuhnya di usia anak belum 6 bulan tidak digalakkan berpuasa.
 
Bagaimana dengan ibu yang risau dengan kesihatan diri sendiri?
Tanda dehidrasi pada ibu adalah pening kepala dan kencing ibu terlalu pekat.
Ibu juga jangan abaikan jika mengalami sakit perut.
 
Harus difahamkan bahawa post ini BUKAN NASIHAT KESIHATAN. 
Sila berbincang dengan doktor yang merawat anda jika anda ada sebarang masalah kesihatan.
 
Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya. Saya pernah berpuasa semasa menyusu. Alhamdulillah saya berpuasa penuh sewaktu anak saya usia 5 bulan. Saya memang akan pastikan saya bersahur dan minum air banyak selepas berbuka. Bawa je lah botol ke mana sahaja selepas berbuka 😊 Saya bersyukur kerana dikurniakan kekuatan untuk berpuasa sambil menyusukan anak. 
 
Akhir kata, Semoga dipermudahkan, ye ibu2!
 
 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *