Susu Perahan boleh goncang?

Salam kepada semua rakan-rakan Diba. Hari ni Diba nk kongsikan kenapa kita tak galakkan goncang susu perahan ibu. Up to date, masih tiada kajian dilakukan samada betul protein dalam susu ibu dapat dipecahkan dgn menggoncang kuat. ini kerana terdapat pelbagai jenis protein, ada yang sangat sensitif terhadap tekanan mekanikal, ada yang sangat kuat walaupun di panaskan pada suhu yang tinggi.

Namun jika kita menggoncang dengan sangat kuat, tekanan yang diberikan mampu menyamai seperti menumbuk seseorang dan semestinya akan memecahkan komponen sel protein dalam susu ibu yang mana sangat penting untuk usus bayi. Selain dari itu, terdapat juga artikel yang mengatakan jika menggoncang susu perah ibu mampu menurunkan kandungan asid askorbik sedia ada dalam susu ibu. Asid askorbik sangat penting dalam meningkatkan sistem imun bayi dan membantu dalam pembentukan sel darah merah bayi bagi memastikan penghantaran oksigen dan makanan ke seluruh tubuh badan berjalan lancar.

Bukan itu sahaja, kandungan lemak dikatakan akan menurun dengan menggoncang susu perahan ibu. Kandungan lemak penting untuk meningkatkan berat badan bayi dan juga membantu pertumbuhan organ otak yang sedang membesar dengan cepat. Oleh itu, diba harap ibu ayah dan penjaga tidak sewenang-wenangnya menggoncang susu perahan ibu untuk memastikan kualiti susu perahan ibu masih banyak atau hampir sama seperti minum terus dari payudara ibu. Harap bermanfaat kepada semua ❤️

#penyusuansusuibu

#nutritionistdiba

#ilovebreastfeeding

Rujukan :

1. Jimi Francis*1, Kristy Rogers1, Paul Brewer1, Darby Dickton2 andRon Pardini1, 2008, Comparative analysis of ascorbic acid in human milk and infant formula using varied milk delivery systems, International Breastfeeding Journal 2008, 3:19 doi:10.1186/1746-4358-3-19

2.Nadia Raquel García-Lara, MD1, Diana Escuder-Vieco, MsD1,Clara Alonso Díaz, MD1, Sara Vázquez Román, MD1,Javier De la Cruz-Bértolo, PhD2, and Carmen Rosa Pallás-Alonso, PhD1, 2014,Type of Homogenization and Fat Lossduring Continuous Infusion of Human Milk,Journal of Human Lactation 2014, Vol. 30(4) 436–441, DOI: 0.1177/0890334414546044jhl.sagepub.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *