Skip to content

Surirumah tidak disarankan membeli breastpump

Surirumah tak perlu beli breastpump!
Iya puan- puan dan tuan- tuan. Ini adalah saranan dari saya, seorang kaunselor penyusuan yang telah banyak menyantuni ibu- ibu yang menyusukan anak. Sebelum anda marah pada saya, mohon baca hingga selesai penulisan saya ini, ye.

Lambakan produk pam susu membuatkan ramai menyangka breastpump adalah benda yang wajib apabila menimang cahaya mata.
Tetapi jika ibu adalah surirumah sepenuh masa, saya ulangi ye, surirumah sepenuh masa, lebih penting memberikan penyusuan secara langsung (direct feeding).

Antara kelebihan penyusuan secara langsung
-mudah
-kurang risiko jangkitan kuman
-bayi mendapat susu sesuai dengan cuaca (susu waktu cuaca panas dan sejuk mengandungi komposisi berbeza, begitu juga dengan siang dan malam)
-bonding

Ada yang bertanya kepada saya. Bagaimana jika ibu surirumah mengalami bengkak susu?
Ibu WAJIB belajar dan tahu tentang teknik perahan tangan (marmet). Menggunakan breastpump semasa payudara bengkak boleh menyebabkan susu bertambah banyak dan bengkak semakin teruk.

Ingat, konsep penyusuan adalah ‘Supply and Demand’. Semakin banyak susu dikeluarkan, maka akan semakin banyak susu dihasilkan!

Jadi, golongan mana yang perlu menggunakan pam susu?
– ibu bekerja, sama ada mempunyai bisnes di rumah, bekerja di rumah (work from home) atau bekerja di pejabat
– ibu yang perlu keluar rumah setiap hari melebihi 3 jam atas urusan belajar dan lain- lain
– ibu cetusan laktasi (induce laktasi)

Bagaimana jika bayi tidak mahu minum susu secara langsung?
Inilah kenapa ilmu penyusuan itu sangat penting. Penting untuk ibu dan bayi belajar untuk menyusu secara langsung di awal kelahiran. Kerana itu tidak digalakkan menggunakan botol semasa bayi berusia kurang sebulan. Hal ini boleh menyebabkan bayi menjadi keliru puting (nipple confuse).

Walaupun saya ada menjual breastpump, saya tidak menggalakkan ibu surirumah sepenuh masa menjadi Exclusive Pumping mum (ibu yang hanya memerah susu).

Kenapa tidak digalakkan ibu suri rumah tangga menjadi exclusive pumping mum?
– Kewangan
o Ibu perlu beli lebih banyak alatan penyusuan. Untuk ibu tidak bekerja, tidak ada tax relief untuk barangan penyusuan seperti ibu bekerja
– Jangkitan kuman
o Mengepam dan beri dengan botol meningkatkan risiko jangkitan kuman
– Lebih mudah terkena bengkak susu yang boleh menjadi radang payudara/ mastitis yang akhirnya boleh menjadi nanah
– Ibu stress
o Hal ini kerana ibu membuat kerja dua kali. Pam susu dan beri dengan botol. Ibu akan kekurangan masa dan lebih letih
o Apabila ibu stress, hormon oksitosin kurang akan menyebabkan susu tidak dapat keluar
– Kurang ‘bonding’ dengan anak
– Risiko susu terlalu banyak (oversupply)

Ingat, FEED YOUR CHILD, NOT YOUR FRIDGE! Susu itu yang penting CUKUP.

Bagi ibu yang terpaksa menjadi EP mum, saya faham. Anda telah berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak anda. Anda memang hebat. Bukan mudah untuk menjadi EP mum. Banyak cabaran yang anda lalui. Dan semestinya, susu ibu itulah susu yang terbaik untuk anak anda.

Saranan saya ini BUKAN UNTUK MENGECAM EP MUM, hanya sekadar saranan dan pesanan khas buat pasangan yang baru menimang cahaya mata.

Penting mendalami ilmu penyusuan agar ibu- ibu dapat menyusukan anak dengan bahagia. Dapatkan bantuan kaunselor terdekat anda sekiranya anda ada masalah untuk menyusukan anak secara langsung, ye.

2 thoughts on “Surirumah tidak disarankan membeli breastpump”

  1. Please help .ank selalu nk tersedak susu ..n suke nmn sekejapsejap je asal sikit Jr tido..risau berat xnaik bcs lahir besar.. sebelum ni kuning n berat turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *