Rambut gugur bila anak menyembur?

Pernah dengar tak orang sebut? “Anak dah mula main air liur/ menyembur, habislah gugur rambut maknye”

Keguguran ini sebenarnya bukanlah keguguran yang sebenar. Ia disebut sebagai “excessive hair shedding”

Sewaktu hamil, hormon estrogen tinggi menyebabkan kadar pertumbuhan rambut ibu hamil lebih tinggi berbanding keluruhan rambut.

Setelah beberapa bulan bersalin, It’s payback time! Hormon estrogen kembali pada kadar normal dan rambut yang sebelum ini tidak gugur akan luruh. Kemuncak biasanya sewaktu anak berusia 3-4 bulan.

BERITA BAIK!

Excessive hair shedding ini hanya bersifat sementara. Kebanyakan akan kembali normal sewaktu anak berusia setahun.

Sementara itu, menyembur atau air liur meleleh adalah perkembangan normal bayi berusia 3 hingga 6 bulan. Pertambahan air liur biasanya menandakan bayi bakal tumbuh gigi.

Jika bayi meragam, ibu boleh membantu bayi lebih selesa adalah dengan memberi teether yang disejukkan di dalam chiller. Bila tengok Shopee, rambang mata tengok macam- macam teether ada! Sekiranya bayi sukar menelan, tidak mahu makan, tidak sihat segera bawa jumpa doktor.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, hal ini hanyalah sementara. Tetapi, jika rambut ibu masih gugur banyak selepas anak berusia setahun, ibu boleh berjumpa pakar kulit.

Jom tengok video Delisya menyembur di Reels Instagram saya. Anda juga boleh baca post ini dalam bentuk Carousel di Instagram saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *