Panduan pengendalian susu perahan

Susu ibu merupakan susu yang paling berkhasiat untuk bayi. Jadi tak hairanlah ramai ibu bersungguh- sungguh mahu menyusukan anak. Tetapi, bagi ibubapa yang memberi susu perahan (expressed breastmilk), wajib tahu cara pengendalian susu ibu.

Jom lihat gambar IG carousel yang saya buat dengan menggunakan Canva di bawah.

Susu ibu yang baru diperah bergantung kepada suhu bilik. Jika suhu bilik dingin, ia mampu bertahan lebih lama.

Sekiranya susu perahan disimpan di dalam chiller, ia boleh bertahan sehingga 5 hari.

Isikan susu 1 feeding atau 2 feeding di dalam storage bags lebih besar. Contoh: isi 3 oz di dalam storage bag 5/7 oz. Kemudian baringkan di dalam freezer. Cara ini dapat menjimatkan ruang.

Label masa dan tarikh perahan. Jika menggunakan storage bag yang nipis, lekatkan sticker dan tulis di atas sticker. Storage bag yang tebal tiada masalah untuk dilabel dengan permanent marker.

Sekiranya susu cukup- cukup, memadai label tarikh sahaja.

<— Saya suka menyimpan susu di chiller di dalam botol untuk menjimatkan storage bags. Contoh di gambar adalah semasa di hotel sewaktu saya kursus 3 hari. Anak dan keluarga ikut saya jadi saya tidak perlu bekukan semua susu perahan kerana ia akan digunakan keesokan hari.

Susu perahan boleh disimpan di dalam freezer peti ais satu pintu sehingga dua minggu manakala di freezer peti ais dua pintu ia boleh disimpan sehingga 3 bulan. Elakkan menyimpan di bahagian pintu peti ais. Hal ini kerana suhu di pintu adalah kurang. Susun di dalam freezer dengan konsep FIFO (first in First out).

Jika dalam freezer bercampur ayam, asingkan dalam plastik atau tupperware untuk elakkan kontaminasi.

Disarankan thaw (cairkan) susu beku dengan meletakkan di chiller. Biasanya saya akan letak susu beku di chiller sebelum tidur. Jika masih beku atau mahu digunakan segera, cukup lalukan di bawah air mengalir di sinki. Ia akan cair dengan segera.

Setelah cair sepenuhnya, susu perlu digunakan dalam tempoh 24 jam.

Untuk memastikan susu masih elok, boleh lihat, rasa dan bau.

Lihat: Jika selepas dipusingkan (swirl), adakah ia masih berketul? Selepas dipanaskan adakah masih tidak bercampur?

Rasa sedikit jika anda masih ragu- ragu.

Bau: Susu ibu yang dibekukan biasa bau agak hamis sedikit. Hal ini adalah kerana enzim lipase di dalam susu ibu. Jika susu rosak, baunya akan lebih kuat lagi.

Bau hamis itu membuatkan ada sesetengah bayi tidak mahu susu beku yang telah dipanaskan. Awal- awal dahulu, saya campurkan susu beku dan susu chilled supaya bau tidak terlalu kuat.

Pastikan anda mencuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas mengendalikan susu perahan.

Adakah anda ada sebarang pertanyaan tentang susu perahan? Boleh bertanya di komen dan saya akan jawabkan.

Semoga bermanfaat =)

2 thoughts on “Panduan pengendalian susu perahan”

  1. Hi, saya inginkan penjelasan mengenai susu yang telah dibekukan diletakkan di bahagian chiller semalaman untuk kegunaan esok nya, misal kata apabila ia telah mencair. Ia perlu digunakan sehingga 24 jam. Ini bermaksud ia perlu diletakkan di dalam chiller atau dibiarkan di suhu bilik sahaja? Contohnya, di dalam storage bag saya sudah bekukan 5oz, apabila ia sudah mencair saya panaskan hanya 3oz. Lebihan 2oz perlu disimpan ke dalam chiller atau suhu bilik ye? Terima kasih ye.

    1. puan, jika telah ‘thaw’ atau carikan susu beku, ia bertahan 24 jam di chiller. Jika dipanaskan atau di suhu bilik ia hanya bertahan 1 jam sahaja. jika sudah bekukan 5oz, panaskan 3 oz, 2 oz tu simpan di chiller. pastikan panaskan ikut jumlah yang baby minum sahaja. setelah dipanaskan tidak boleh masuk chiller balik.
      saya sarankan jika puan pam hari ini untuk esok, hanya letakkan susu di chiller. jangan bekukan. setiap proses beku, thaw, warm akan mengurangkan kualiti susu. tapi ia tetap lebih baik dari susu formula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *