Newborn Checklist

Ibu- ibu hamil pertama kali mesti runsing memikirkan apa yang perlu disediakan sebelum bersalin. Jangan risau, saya ada buat checklist ringkas tentang cadangan barangan yang perlu disediakan. Scroll ke bawah untuk checklist barangan bayi versi saya.

Jujur saya katakan, dua tahun lalu, sewaktu saya hamil, saya terlalu banyak membeli barangan di talian terutama Shopee. Tak ramai yang tahu saya diceraikan sewaktu hamil. Masa tu, simpan je lah niat nak pergi Baby Expo. Kebetulan masa dah sarat tak larat nak jalan. So, online shopping it is!!

*post ini mengandungi affiliate link*

Antara kedai di Shopee yang selalu saya pergi adalah Baby King. Scroll sini rasa macam pergi kedai yang ada macam- macam, tau. Banyak kali saya repeat order dengan mereka. Kedai Baby Bernice ni pun ada pelbagai barangan bayi. Saya memang jenis suka penuhkan cart dengan beberapa barang dari satu kedai. Belum pernah lagi saya hanya beli satu jenis barang dari kedai- kedai ini.

Swaddle

Untuk swaddle, saya prefer swaddle kain selesa dan saiz besar. Swaddle size kecil nanti kalau anak debab tak boleh nak balut. Hehe. Baby dalam pantang kita sarankan bedung sebab fasa ini dipanggil fourth trimester. Bayi yang dibedung juga lebih mudah disusukan. Tak perlu yang mahal. Swaddle anak saya beli di sini hanya RM 9 sahaja. Semua design dia comel sangat!.

Saya pump semasa berkursus dengan memakai nursing cover

Nursing cover lawa kain sedap, size besar dan siap boleh embroidery nama saya beli di kedai Jarum Merah.

Pampers

Baby baru lahir pakai pampers sangat banyak sebab kerap buang air besar . Untuk support local product, saya beli pampers Manja untuk anak saya guna semasa pantang. Bila dah besar sikit, saya selalu beli Drypers atau Huggies. Semua memang saya beli online je. Saya tak tahu kenapa bila pergi kedai, saya nampak benda banyak- banyak saya rasa overwhelmed dan tak boleh nak pilih. Biasanya, kita boleh request free samples. Jadi mummies kena rajinkan diri minta free samples. Lepas tu bolehlah decide nak beli yang mana. Saya request free Huggies sample di sini. Tiap- tiap bulan saya akan order sekali banyak kat Shopee official Huggies store. Ada masa anak kulit anak saya jadi extra sensitive. Bila macam tu saya lebih suka guna Drypers Touch. Lembut je Drypers Touch ni. Kalau beli Drypers, jangan lupa kumpul points untuk Drypers di sini tau.

Pakaian

Biasanya saya beli baju bayi melalui personal shopper. Saya akan cari barang di Carters.com dan DM personal shopper Dilla untuk dapatkan quotation harga. Walaupun dapat barang agak lambat, tapi bagi saya berbaloi. Saya ada juga membeli baju inspired Bonds di sini.

Maternity Accesories

Eh, semua barang anak je? Yang mengandung dan bersalin ni macam mana? Sebenarnya, bila tengok barangan di kategori Maternity Accesories, baru perasan ada je barang yang kita belum ada. ini memang racun habis- habisan. Batu tungku pun ada tau. Brace yourself before you click!

Nantikan next edition versi barangan breastfeeding….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *