Kisah IVF saya

OVARIAN STIMULATION

DEMI KAMU RATUSAN JARUM KUGAGAHI

Sebagai salah seorang pejuang IVF, saya sering berkongsi kisah saya sebagai inspirasi kepada bakal- bakal ibu yang lain. Ianya bukan satu proses yang mudah, ya. Ternyata sangat banyak langkah dalam proses In Vitro Fertilization ini.

Secara ringkasnya, IVF terdiri daripada beberapa step iaitu:

  1. Ovarian Stimulation
  2. Egg pickup
  3. Fertilization
  4. Embryo transfer
  5. 2 weeks wait

Jom ikuti pengalaman saya melalui proses ini pada tahun 2018.

First appointment

Setelah gagal hamil dengan bantuan clomid, kami mengambil keputusan untuk melakukan prosedur IVF. Oleh kerana saya pernah mengikuti kelas anatomi organ wanita dengan Dr S, saya memilih untuk mendapatkan rawatan dengan beliau di MMC (Mahkota Medical Centre). Mudah sahaja caranya. Pada hari pertama haid, telefon klinik untuk buat temujanji. Appointment pertama dibuat semasa hari kedua period (CD2)
Mula- mula, doktor buat TVS (transvaginal scan) untuk mengenal pasti kelainan rahim dan ovari. Scan ini tak selesa sikit. Tapi jangan risau. Yang penting kena relax, OK?
Masa scan, Dr. S. cakap saya ada Polycystic Ovary (PCO). Akak nurse di situ mencelah, telur banyak tapi MALAS! Haha. Beberapa pemeriksaan darah dan pemeriksaan analisa sperma juga dilakkukan pada hari yang sama.

Selepas itu, ada kaunseling oleh nurse di IVF center. Kaunseling berharga RM 100. Banyak informasi yang diberitahu terutama kos rawatan dan flow rawatan. Kemudian doktor akan menentukan protokol IVF yang mahu dilakukan. Pada hari yang sama, saya diberi ubat suntikan yang akan dimulakan pada keesokan hari.

Jumlah bayaran semasa rawatan pertama adalah RM 1444.02 (semasa ini masih ada GST).

Second appointment

Temujanji kedua adalah selepas dua minggu suntikan Suprefact. Semasa itu saya CD18 (cycle day 18). Waktu ini, perut saya lebam- lebam dan pipi pun semakin tembam. Pemeriksaan darah untuk cek hormon dibuat lagi. Setelah doktor lihat keputusan darah, dia mulakan lagi satu suntikan. Maksudnya kena suntik dua ubat di perut setiap hari. Pada hari yang sama juga, saya juga disuntik dengan Dexametasone kerana paras hormon saya kurang memuaskan.

Dexametasone ni sakit tau. Pesakit saya yang mengalami kelahiran pramatang biasa akan disuntik dengan ubat ini untuk metangkan paru- paru janin di dalam kandungan. Ada ibu yang menangis ketika disuntik. Tapi Alhamdulillah saya tak menangis. Mungkin sebab dah tiap- hari kena cucuk dengan jarum kot. Anything for you, baby. Anything!

Setiap kali saya suntik ubat ke diri sendiri, saya cuba kuatkan hati. Yelah, selalu saya suntik pesakit, kali ni saya pula kena suntik diri sendiri. Sambil cucuk ubat, saya berdoa banyak- banyak, semoga Allah kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah… Lepas suntik ubat, kena compress sikit tau kalau tak lebam teruk.

Third and fourth appointment

Pada appointment ketiga dan keempat, prosedur hampir sama. Jumpa doktor, ambil darah, doktor review result, scan, topup ubat dan teruskan suntikan. Masa tu CD23 dan CD27.
💉💉💉💉💉💉💉💉💉

Semasa temujanji keempat, doktor beritahu saya bahawa hormon level memuaskan dan telur banyak. Doktor tambah satu lagi suntikan HCG 10000 untuk disuntik pada waktu malam.
Suntikan HCG buat saya sangat pening. Semasa saya kerja keesokan harinya, saya rasa mcm nak melayang je.. Kalau nak tahu, saya masih kerja dan oncall masa ‘Egg stimulation process’ ini.
Masa ni risau juga sebab pada bila- bila masa saya boleh dapat OHSS dan mungkin tak boleh melalui proses Fresh Embryo Transfer.

OHSS adalah sungkatan untuk Ovarian HyperStimulation Syndrome. Jika berlaku, ada yang sampai ada air dalam perut atau dalam paru- paru. Ia disebabkan oleh ubat suntikan semasa proses ‘ovarian stimulation’. Pernah dahulu sewaktu saya bekerja di HSA, ada pesakit yang perlu dimasukkan ‘chest tube’ (tube besar ke paru- paru) kerana OHSS.

Ini adalah jadual saya semasa proses Ovarian Stimulation.

Haaaa… banyak, kan suntikan?

Dear TTC mom, stay strong and be brave!! 💪🏻
I am not gonna lie by saying that it is not painful.

But it is all worth it.

~Insya Allah~

Nak tahu apa yang terjadi selepas proses ini? Nantikan Kisah IVF saya Part 2.

4 thoughts on “Kisah IVF saya”

  1. Saya atiqah.. Ada plan untuk buat ivf di mahkota.. Sye be kerja di hospital melaka.. Sye nak tau.. Awak berjaya or x?.. Dan brapa kos rawatan di sana.

    1. salam puan. alhamdulillah saya berjaya. anak saya kini berusia 2 tahun. saya tak sempat buat part 2 lagi sibuk sangat. semoga puan akan berjaya juga

  2. As salam. Saya pernah ade pco dan pernah buat iui dan pernah kene ohss. Saya buat 2019. N plan nk buat ivf tahun 2022 sebb umur pun dah 35. Sy nk tau pengalaman lanjut puan, bayaran, ubat-ubatan, procedur dan sebagainya. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *