Skip to content

Kisah IVF saya Part 2

Hye. Bertemu kita lagi untuk berkongsi kisah IVF saya. Maafkan saya. Post ini telah sangat lama tertunda.

Sekiranya anda adalah tetamu baru ke website saya, saya ingin ucapkan Selamat Datang! Jemput baca Kisah IVF saya.

Semasa CD 29, It’s finally the Oocyte Pick Up day (OPU).
Saya rasa pening dan berdebar masa ni. Malam sebelum OPU kena puasa.

OPU instructions.

Prosedur ini dibuat under sedation. Doktor masukkan ubat bius melalui saluran darah. Selepas tu saya terus tertidur.

Bila bangun, rasa kebas dan sakit sikit. Tapi sakit kepala terus hilang!
Rupanya masa prosedur saya mengalami pendarahan. Jika saya tak bangun atau terus berdarah mungkin kena masuk ward. Nasib baik pendarahan berhenti dan saya telah sedar sepenuhnya.

Selepas OPU, kami perlu membayar sejumlah wang untuk prosedur makmal. Selesai prosedur ini, saya diberi ubat Progynova dan Duphaston dan perlu masukkan ubat Uterogestan setiap 8 jam.
Jumlah wang yang dibayar oleh kami semasa hari OPU: RM 6243.30

Sehari selepas OPU kami telefon klinik Dr. S. Staff kata ada 18 ‘telur’ tapi 11 sahaja yang matang. Jadi, 11 oocyte akan melalui proses ICSI.

Hanya sehingga day transfer baru tahu ada berapa yang jadi embyos. Geng TTC biasa suka panggil embryos ni embabies. Comel kan?

Pada awalnya, semasa kami dengar ada 11 mature oocytes, kami sangat berharap. Tapi…. rupanya hanya 4 embabies sahaja yang terus berkembang.

Yang penting my LittlebabyD is one of them!! 😁

And then, It’s finally Embryo Tansfer (ET) day!!!


Sebelum proses Embryo Transfer, saya sangat risau sebab masih ngilu selepas OPU haritu. Sempat saya bertanya kepada sahabat saya yang ada dua anak kembar hasil dari IVF, sakit tak semasa transfer?

Dia jawab “Macam buat spekulum biasa je”

Lega saya mendengar jawapan beliau.

Mula- mula doktor akan mengukur ketebalan dinding rahim. Proses hanya alan diteruskan sekiranya ketebalan dinding rahim memuaskan.
Selepas itu, kami pergi ke IVF centre. Kami diberi penjelasan tentang kualiti dan kuantiti embabies yang ada.

Semasa ini kami perlu tandatangan dokumen. Dalam dokumen tu, dia tanya kalau berpisah atau salah seorang meninggal, embabies itu menjadi milik siapa. Tapi untuk Muslim akan dinasihatkan untuk ‘discard’ sekiranya terjadi hal berikut.

Prosedur ET ini memerlukan pundi kencing penuh. Awalnya, saya tak rasa nak buang air kecil jadi saya minum sebotol air mineral. Selepas itu saya tidak tahan sangat pula nak pergi toilet. Nurse suruh keluarkan kencing sikit. Tau tak susah nak control kalau dah tak tahan sangat nak kencing 😅

Prosedur ni rupanya hanya sekejap sahaja dan tak sakit. Masa ni Dokter S. masukkan dua ‘3-days embryo’

Lepas masukkan embryo, dokter bagi injection Proluton kat punggung.

Saya ambil MC sepuluh hari selepas prosedur. Tapi takdelah duduk diam kat umah je 😁 Fasa lepas ET ini disebut PUPO (Pregnant untul proven otherwise)

Lepas transfer, dokter start ubat injection anticoagulant dan aspirin untuk cairkan darah. IVF ni ada risiko salur darah tersumbat, terutama pada trimester pertama. Berat saya pun overweight jadi akur je la pada arahan dokter S. Ubat makan progynova dan duphaston diteruskan. Ubat uterogestan pun masih kena teruskan setiap hari.

Saya ni walaupun dokter, selalu lupa mkn ubat. Tapi masa IVF ni memang compliant. Haha. Kagum dengan diri sendiri…

10 hari selepas transfer, saya tak tahan untuk buat Urine Pregnancy Test (UPT). Oleh kerana saya tidak pernah melihat dua line di tes kehamilan, saya sangat teringin untuk membuat UPT. UPT tidak boleh buat terlalu awal selepas ET kerana suntikan hormon HCG yang boleh menyebabkan keputusan false positive. Jadi saya buat UPT pada hari kesepuluh. Alhamdulillah! Dua line!!! Positive!! Bahagia sangat masa tu.

Pada hari ke lima belas setelah transfer day 3 embryo (15dp3dt), temujanji dengan doktor untuk periksa darah. Pada saat itu, Bhcg saya adalah 315. Alhamdulillah! Orang TTC kata BFP (Big Fat Positive!)

Akhirnya, saya berjaya hamil. Nantikan kisah selanjutnya pengalaman melihat degupan jantung anak saya buat pertama kali.

Singkatan:

CD: Cycle day

ICSI: intra cystoplasmic sperm injection

3 thoughts on “Kisah IVF saya Part 2”

  1. Yunarlis Nasrul

    Salam doktor, kiranya masa ET 2 embrio dimasukkn ke dlm rahim kan? Jd yg lebih 2 lg embrio doctor frozen kan ke? Sy lg 2 hari akan Eat. Hospital baru call ada 3 embrio

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *