Skip to content

Kenapa perlu scan bayi di dalam kandungan? Bila masa yang sesuai?

Setiap pasangan yang mengimpikan cahaya mata pasti teruja apabila disahkan hamil. Dari rupa segumpal darah sehinggalah cukup sifat, proses kehamilan adalah sesuatu yang sangat menakjubkan. Ramai tertanya- tanya, bilakah masa yang sesuai untuk scan bayi di dalam kandungan.

Scan yang dicadangkan adalah:

1. SCAN TRIMESTER PERTAMA (6 – 14 MINGGU)
Scan ini adalah penting untuk memastikan tarikh jangkaan bersalin adalah tepat, terutama pada ibu yang tidak pasti Hari Pertama Haid Terakhir.

Scan ini boleh menentukan minggu kehamilan dan melihat tumbesaran bayi pada trimester pertama.
Scan ini juga paling sesuai untuk mengenalpasti sama ada kehamilan kembar dua atau tiga atau lebih. Jika kehamilan kembar, perlu dipastikan samada kembar berkongsi uri atau tidak.

Scan pada awal kehamilan pada awalnya hanya akan nampak kantung sahaja. Sekiranya anda ada perdarahan, sakit perut di awal kehamilan, penting buat scan dan pastikan kandungan di dalam rahim,

Dating scan bayi 7 minggu dalam kandungan.

2. DETAIL SCAN (18-22 MINGGU)
Scan ini adalah untuk melihat bayi dengan lebih teliti. Doktor akan melihat dengan teliti bahagian kepala, muka, mulut, jantung, diafragma (bahagian yang membahagikan paru- paru dan perut), perut, pundi kencing, buah pinggang, tangan, jari tangan, kaki, jari kaki, tali pusat, kedudukan uri, jantina dan kuantiti air ketuban. Kecacatan bayi adalah bukan perkara yang sering terjadi. Biasanya, wanita yang berisiko tinggi seperti kencing manis, darah tinggi, usia lanjut dan pernah hamil anak tidak normal disarankan untuk buat detail scan.

Contoh laporan Detail Scan

3. GROWTH SCAN
Doktor akan memantau pembesaran bayi dengan scan berkala di mana diameter kepala, ukur lilit kepala, ukur lilit perut dan panjang tulang kaki (tulang peha) akan diukur. Berat bayi, lokasi uri dan air ketuban juga turut diukur.
4. Scan tambahan 3D/4D/5D/6D
Sekarang sudah sangat canggih di mana kita oleh melihat gambaran 6D.
Kalau 4D dan 5D sesuai untuk janin 28-32 minggu, manakala gambaran 6D sesuai untuk janin 6minggu hingga 16 minggu.

Gambaran 6d bayi 11 minggu dalam kandungan
Gambaran 6D tulang belakang bayi 25 minggu dalam kandungan

Dapatkan scan antenatal anda di Klinik Keluarga Rimbayu dengan harga promosi untuk bulan ini sahaja.
Sebarang soalan dan pertanyaan boleh hubungi kami KLINIK KELUARGA RIMBAYU by WOO tekan link
https://wa.link/imp66y
https://wa.link/imp66y
https://wa.link/imp66y

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *