Hysterosalpingogram

Apa itu HSG ?

HSG adalah prosedur x ray untuk MELIHAT sama ada tiub falopio tersumbat atau tidak.

Tujuan HSG adalah untuk melihat ruang di dalam rahim normal atau tidak. 

 

BERAPA LAMA PROSEDUR HSG INI?

Biasanya prosedur ini mengambil masa 5 – 10 minit sahaja. 

 

BILA MASA YANG SESUAI UNTUK HSG?

HSG sesuai dibuat selepas haid dan sebelum ovulasi.

 

Bagaimana prosedur HSG dilakukan?

Pertama sekali, spekulum (alat seperti mulut itik) akan dimasukkan ke dalam vagina. Kemudian, sebuah kanula dimasukkan ke dalam pintu rahim dan cecair mengandung pewarna dimasukkan melalui kanula rahim. Setelah itu, beberapa gambar x ray akan diambil. Anda perlu tahu bahawa HSG tidak boleh melihat ovari/endometriosis.

 

Adakah prosedur ini tidak selesa?

Memang benar, HSG boleh menyebabkan bahagian bawah perut cramp.  Namun, itu tidak berbahaya. 

 

Apakah risiko dan komplikasi HSG?

HSG biasanya adalah prosedur yang selamat. Komplikasi sangat jarang terjadi.

‘Radiation exposure’ dari HSG juga adalah sangat rendah. Ia tidak mendatangkan sebarang mudarat, walaupun jika tiba- tiba disahkan mengandung pada bulan yang sama.

Boleh terjadi alergi, namun alergi pada iodin sebenarnya jarang terjadi. Jika ada gatal atau bengkak selepas prosedur, pesakit perlu segera jumpa doktor.

Terdapat juga risiko jangkitan kuman di pelvik. 

Oleh kerana itu, jika sakit perut atau demam, perlu berjumpa doktor. Kadangkala boleh ada sedikit perdarahan melalui vagina 1-2 hari selepas HSG.

Adakah HSG meningkatkan kesuburan?

Hal ini adalah Kontroversi. Namun, ada kajian menyatakan terdapat sedikit peningkatan kesuburan dalam 3 bulan pertama setelah HSG yang normal.

Tetapi HSG hanya digunakan oleh doktor untuk diagnosis sahaja!

 

Apakah langkah jika tiub tersumbat?

Jika benar tiub tersumbat, jika mahu mengandung hanya boleh melalui kaedah IVF sahaja. Ada juga kes di mana doktor melakukan pembedahan laparoskopik untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. 

 

Adakah cara lain untuk lihat tubal patency seperti HSG?

Ada prosedur yang dinamakan Hycosy di mana ia menggunakan Ultrasound.

HSG ini dibuat secara outpatient. Selepas prosedur, jarang pesakit perlu dimasukkan ke wad untuk pemerhatian.

Adakah anda pernah melalui prosedur HSG? 

Kongsikan pengalaman anda bersama kami. 

KHUSUS UNTUK WARGA TTC,SEMOGA DIPERMUDAHKAN UNTUK HAMIL. 

Jom follow saya di IG dan juga Twitter

https://biolinky.co/docmummy22

Saya sering berkongsi tips tentang TTC, kehamilan dan penyusuan.

4 thoughts on “Hysterosalpingogram”

  1. HSG ni sakit sgt for me, even more painful than the IUI itself. Tapi kalau nak check for fertility, this is one of the first tests they will do on you. Thank you to the doctors & nurses who have helped me along the way. My IUI in Feb this year, and it was successful. Alhamdulillah. Hoping for a safe & healthy pregnancy & delivery. InsyaAllah.

    1. Thank you for sharing your experience with us, puan. Alhamdulillah! Happy to hear the good news. Semoga dipermudahkan!

  2. sy buat di metro ivf ..sebelum nk buat takut sgt bila dh buat dan xrs ape2 lps tu pun xrasa ape2 cuka ad spotting sikit jer…tp berita kurang baik sbb tiub yg satu2 dh tersumbat..yg satu lg dah remove sbb ectopic pregnancy..huhu..cuma nk tye doc better remove ke tiub sblum ivf sbb doc ivf xde suggest dorg suruh proceed trus..
    Dlm report tulis left hydrosalpinx n blocked tube

    1. i am sorry to hear about that. puan kena bincang dengan doktor yang merawat puan ye. i am sure they are expert enough to decide on your treatment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *