Happy World Breastfeeding Week!

Hye semua. Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia!

Tema pada tahun ini adalah Lindungi Penyusuan Tanggungjawab Bersama.

Tahun lepas saya hanya mengikuti Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu secara pasif. Semua persediaan dibuat oleh jururawat di hospital. Saya ingatkan tahun ini mungkin tak meriah memandangkan kita masih dalam perintah kawalan pergerakan. Ternyata semua masih bersemangat dengan menganjurkan majlis secara maya.

Sejak menjadi kaunselor penyusuan, banyak saya pelajari dan saya kagum melihat semangat kawan- kawan seperjuangan. Matlamat kami sama, ingin lebih ramai tahu tentang penyusuan.

Sempena dengan tema tahun ini, saya ingin mengajak anda semua untuk turut melindungi penyusuan susu ibu.

Menurut TATA ETIKA PEMASARAN MAKANAN BAYI DAN PRODUK BERKAITAN,

Pengilang dan Pengedar Produk Tersenarai hendaklah akur dan mematuhi Tata Etika ini dan berpegang kepada etika profesional dan pemasaran serta peraturan tingkah laku yang ditetapkan berkaitan semua urusan di dalam sistem penjagaan kesihatan, pusat jualan, pusat jagaan kanak-kanak dan komuniti.

Mereka tidak boleh memasarkan, menggalakkan atau mengiklankan produk-produk tersenarai dalam cara yang boleh mencabar atau memperkecilkan keunggulan atau kelebihan susu ibu.

Selain itu, mereka tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti yang melibatkan bayi dan kanak-kanak kecil, wanita hamil dan ibu kepada bayi atau kanak-kanak kecil bagi tujuan mempromosikan produk
tersenarai dan tidak terlibat dalam pertunjukan bayi ( bagi bayi berumur 0-36 bulan) dalam apa jua cara sekalipun.

Label Rumusan Bayi, Rumusan Susulan dan Rumusan Khas perlu mempunyai pernyataan “Sebelum Membuat Keputusan Untuk Menggunakan Keluaran Ini, Sila Minta Nasihat Profesional Kesihatan”. ia juga perlu mempunyai pernyataan berikut pada panel pamer utama label tersebut:

“SUSU IBU ADALAH MAKANAN YANG TERBAIK BAGI BAYI” bagi rumusan bayi

dan “SUSU IBU ADALAH MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK BAYI” bagi rumusan susulan.

TATA ETIKA PEMASARAN MAKANAN BAYI DAN PRODUK BERKAITAN

Susu formula tidak boleh menunjukkan sebarang gambar, grafik, perkataan atau pernyataan yang
mungkin memberi tanggapan keunggulan rumusan bayi. Gambar atau grafik bayi dan bahagian tubuh bayi atau manusia tidak dibenarkan.

Sekiranya ada kesalahan melanggar etika, anda boleh laporkan ke JAWATANKUASA DISIPLIN TATA ETIKA PEMASARAN MAKANAN BAYI DAN PRODUK BERKAITAN.

Contoh iklan tidak beretika zaman dahulu

Sebagai orang awam, anda boleh melindungi penyusuan dengan menyokong insan sekeliling anda yang mempunyai anak kecil untuk memberi susu ibu. Baik sahabat, adik- beradik atau kenalan anda. bantu ringankan beban mereka atau hanya pinjamkan telinga mendengar keluhan mereka. Ibu- ibu perlu saling menyokong dan bukan merendahkan.

Akhir kata, marilah kita sama- sama meningkatkan martabat susu ibu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *