Panduan Double Masking

Baru- baru ini kita diperkenalkan dengan satu teknik memakai pelitup muka berganda (double face mask @ double masking). Awalnya, teknik ini dicadangkan oleh Dr. Anthony Fauci kerana “it just makes common sense,” kata beliau kepada berita Today.

Kini, CDC (Centers for Disease Control) Amerika Syarikat juga mengesyorkan perkara yang sama. Berikut adalah panduan ringkas tentang double masking.

Pemakaian dua pelitup muka membuatkan pernafasan sedikit sukar, tetapi penggunaan pelitup muka perubatan (3-ply surgical mask) dengan pelitup muka kain secara umumnya dapat ditoleransi dengan baik dan ianya tidak mengurangkan bekalan oksigen kepada pemakai.

Kajian CDC menunjukkan pemakaian pelitup muka berganda (pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus COVID-19.

Menurut penemuan CDC, memakai pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan membantu lekapan yang lebih baik. Dengan cara ini, ruang antara wajah dan mask kurang dan lebih terlindung dari virus.

Cara memakainya adalah:

  1. Pakai pelitup muka perubatan

2. Tekan besi di bahagian hidung dan tarik bahagian bawah ke bawah dagu

3. Pakai pelitup muka kain

Apabila membuat cara pelitup muka berganda, gunakan pelitup muka kain yang mempunyai beberapa lapisan, pakai pelitup muka pakai buang di bahagian dalam, pelitup muka kain perlu melekapkan pelitup muka pakai buang ke muka dan pastikan anda boleh bernafas.

Gunakan pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain. Elakkan guna dua pelitup muka perubatan atau dua pelitup muka kain sebagai pelitup muka berganda.

Pelitup muka N95 pula hanya perlu digunakan satu sahaja. Pelitup muka N95 boleh menapis sehingga 95% partikel (sekiranya dikenakan dengan betul). Oleh itu, tiada keperluan untuk mengenakan pelitup muka berganda.

Kini, ‘It’s not just about common sense’. Telah ada kajian saintifik dan ia ternyata terbukti!

Stay safe, Malaysians!

Tonton video saya tentang double masking di sini

Sumber rujukan: CDC (Centers for Disease Control), Amerika Syarikat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *