Buku Pink

Hye semua. Adakah anda baru sahaja disahkan hamil? Pasti anda tertanya- tanya apakah langkah seterusnya. Di Malaysia, kita ada satu buku yang dinamakan ‘Buku Pink’ khusus untuk merekodkan segala yang berkaitan dengan kehamilan tersebut. Ia sangat penting, tau! Jom baca untuk tahu lebih lanjut tentang buku ini.

Pertama, Apakah itu ‘Buku Pink?

Buku pink adalah buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung yang mendapatkan rawatan di Klinik Desa/ Klinik Kesihatan Kerajaan Malaysia.

Bila perlu buka buku ini?

Bagusnya, buku ini dibuat sebelum 12 minggu kehamilan.

Dimana boleh buka buku ini?

Buku ini boleh dibuka di Klinik Desa/ Klinik Kesihatan terdekat. Di zaman pandemi ini, anda disarankan ‘Google’ nombor telefon klinik terdekat dan tanya hari apa anda boleh datang dan dokumen yang diperlukan. Biasanya dokumen yang anda perlu bawa adalah salinan kad pengenalan, salinan surat pernikahan (jika ada) dan gambar scan (jika ada). Disarankan pergi ke lokasi berdekatan rumah. Hal ini kerana jururawat akan melakukan rawatan ke rumah sewaktu hamil dan selepas melahirkan.

Di negeri Johor, boleh isi maklumat secara online. Caranya adalah anda boleh scan QR code yang tertera dan isi maklumat. Kemudian, baru datang ke klinik.

Kenapa buku ini penting? Berikut adalah komponen di dalam buku rawatan kehamilan tersebut:

1. Di muka hadapan, doktor boleh dapat maklumat ibu🤰🏻, maklumat bapa🧑🏻, umur ibu, due date, faktor risiko. Pada keadaan emergency di saat ibu mahu melahirkan, semua info ini boleh diperoleh dengan cepat dengan hanya melihat muka depan buku ini.

2. Halaman kedua:

Perihal kandungan lalu. Doktor dapat maklumat kelahiran dahulu terutama jika kandungan dahulu ada komplikasi.

Tarikh perkahwinan🤵🏾👰🏿 : Jika pasangan telah lama bernikah dan tidak mempunyai anak, a specific precautions will be taken. Jangan salah faham ye. Semua ibu adalah penting.

💉Ujian saringan darah HIV, Sifilis, Kumpulan darah dan rhesus (sangat penting sebab bila kecemasan we need all info urgently!)

3. Halaman seterusnya terdapat Riwayat kesihatan ibu dan keluarga, berat badan dan tinggi ibu dan Rekod pemeriksaan gigi.

4. Borang kebenaran pengambilan darah HIV dan Sifilis

5. Panduan pengendalian ibu mengikut sistem kod warna (Merah, Kuning, Hijau dan Putih)

6. Senarai semak pengendalian ibu hamil

7. Pemantauan tekanan darah

8. Keputusan MGTT (pemeriksaan minum air gula) dan pemantauan glukosa dalam darah (BSP @ Blood Sugar Profile)

9. Rekod Pemeriksaan Ultrasound

10. Carta Pergerakan Janin

11. Pemeriksaan kandungan

12. Rekod kemasukan ke hospital semasa mengandung

13. Perihal kelahiran 👶Masa kelahiran, tarikh, cara kelahiran, komplikasi

14. Rekod kelahiran bayiBerat bayi, jantina, skor Apgar

15. Perihal post natal (diisi oleh jururawat yang melawat di rumah selepas kelahiran)

16. Informasi kesihatan tentang penjagaan kehamilan, penyakit dan persediaan untuk bersalin

17. Kaedah merancang keluarga

Wah, sangat banyak ye informasi yang kita boleh dapat dari buku ini! Jadi, jika ibu- ibu hamil belum lagi buka buku ini, ayuh ke klinik kerajaan terdekat!

Sila tanya di komen jika anda ada sebarang soalan tentang buku pink. InsyaAllah nanti saya akan jawab ye.

2 thoughts on “Buku Pink”

    1. terima kasih atas jemputan. saya telah beri email saya untuk early access sejak bulan lepas lagi. hope we can collaborate later.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *