Anda boleh teruskan penyusuan setelah disuntik Vaksin Covid 19

Saya kagum kerana telah ramai yang mahu dapatkan dan telah disuntik vaksin Covid 19.

TAHNIAH!

Sejak kebelakangan ini ramai ibu hubungi saya melalui Instagram dan Twitter dan bertanya,

“Betul ke lepas suntikan vaksin Covid 19 perlu berhenti menyusukan anak selama tiga hari?”

Ibu Menyusu yang baru divaksin

Maaf ye ibu- ibu. Saranan itu adalah tidak tepat.

Tidak perlu berhenti menyusukan anak selepas disuntik vaksin covid 19.

Jika anda disuruh oleh sebarang petugas kesihatan untuk berhenti menyusukan anak selepas mendapat suntikan vaksin, minta mereka hubungi saya. Saya mahu tahu sumber rujukan mereka. Setakat ini, semua jenis vaksin covid 19 yang ada di Malaysia adalah bukan virus hidup.

Ye, betul. Kita kekurangan data.

Berdasarkan bagaimana vaksin bekerja di dalam tubuh, vaksin covid 19 dipercayai tidak berisiko kepada ibu menyusu atau bayi mereka. Hingga hari ini, tiada non-live-vaccine melaporkan kesan terhadap penyusuan.

Maka dengan itu CDC telah mengeluarkan kenyataan ibu menyusu boleh menerima vaksin Covid 19. Tidak perlu berhenti menyusukan anak selepas divaksin.

Kajian terbaru melaporkan ibu menyusu yang terima vaksin mRNA (Pfizer) mempunyai antibodi di dalam susu ibu yang boleh melindungi bayi mereka (4).

That is amazing!

Jadi kesimpulannya, selepas mendapat vaksin covid 19, anda boleh teruskan penyusuan.

Diharap kita akan dapat lebih banyak maklumat di masa hadapan.

Stay Safe and Take Care.

Anda boleh baca lebih lanjut di sini:

1. Artikel CDC, COVID-19 Vaccines While Pregnant or Breastfeeding

2. Guideline RCOG, UK, COVID-19 vaccines, pregnancy and breastfeeding

3. Artikel WHO tentang vaksin Sinovac dan penyusuan, The Sinovac COVID-19 vaccine: What you need to know

4. WASHINGTON UNIVERSITY SCHOOL OF MEDICINE, For breastfeeding moms, Covid 19 vaccinations may also protect babies

5. Guideline ACOG, American College of Obstetricians and Gynecologist, Coronavirus (COVID-19), Pregnancy, and Breastfeeding: A Message for Patients

6. Statement Academy of Breastfeeding Medicine, Considerations for COVID-19 Vaccination in Lactation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *