Tentang DocMummy

“Imagine that the world had created a new ‘dream product’ to feed and immunize everyone born on earth. Imagine also that it was available everywhere, required no storage or delivery, and helped mothers plan their families and reduce the risk of cancer. Then imagine that the world refused to use it.”

-Frank A. Oski

Tentang saya

Hai Assalamualaikum. 

Saya, Dr Ainul Rhyshikin, adalah seorang Senior Medical Officer (MO) yang kini berkhidmat di Klinik Kesihatan. 

Saya pernah berkhidmat sebagai doktor di bahagian pembedahan (2 tahun), kanak- kanak (6 bulan) dan ObGyn (6 tahun).

Saya merupakan Alumni MRSM Balik Pulau dan Universitas Hasanuddin, Makassar. 

Pada 2018, saya berjaya hamil setelah melalui proses In Vitro Fertilisation.

Akan tetapi perjalanan kehamilan saya penuh cabaran. Untuk menyibukkan diri saat itu, saya mula memberi ilmu di Instagram tentang Trying To Conceive (TTC) dan mengandung.  

Awalnya, follower saya memanggil saya Doktor Mummy, lama-lama ia dipendekkan menjadi DocMummy. 

Setelah melahirkan, saya mengalami bengkak susu. Walaupun saya telah mengikuti kursus penyusuan 20 jam sebelum itu, saya mengalami kesukaran untuk menyusukan anak saya.

Suatu hari, ada yang memberitahu saya tentang ‘Happy Breastfeeding Malaysia’ di Facebook.

Di sinilah bermula kisah saya sebagai Kaunselor Penyusuan dan Ahli terapi urutan penyusuan. Banyak yang saya belajar dan rakan- rakan seperjuangan juga sangat bagus dalam usaha memartabatkan susu ibu. 

Alhamdulillah, saya berjaya memberi anak saya susu ibu sehingga dia berusia 2 tahun.

Pada tahun 2020, Team Whatsdoc dari Singapura telah mengajak saya untuk menjadi ‘Partner’ bagi menyediakan khidmat kesihatan melalui ‘online’.

Dengan aplikasi Whatsdoc ini, pesakit dapat konsultasi dengan saya tentang kes mudah berkaitan kitaran haid, masalah kehamilan dan masalah penyusuan.

Saya sering berkongsi ilmu kesihatan wanita di media sosial (Instagram dan Twitter), dan menjadi moderator bersama team ‘CHerita Wanita’ di ClubHouse.

Perkongsian saya pernah dipaparkan di halaman Astro Awani dan Positive Parenting.

Visi saya adalah untuk mendidik lebih ramai ibu- ibu dan staf kesihatan tentang penyusuan. Hal ini adalah penyusuan merupakan sesuatu yang sangat bermanfaat untuk ibu dan bayi.

Semoga lebih ramai bermanfaat dari hasil perkongsian saya!

Follow me on social media